Translation Services

Khamis

PANJI MERAH – SENI TEMPUR TANPA SENJATA

Panji Merah merupakan martabat kedua (2) dalam siri latihan Ninja-Combat. Dalam panji ini, pelatih akan di ajarkan tentang seni tempur tangan kosong yang sangat praktis secara teori dan praktikal.


Melalui siri latihan ini pelatih bukan sahaja didedahkan dengan tai jutsu aliran ninja semata-mata, malah juga beberapa kajian dan penelitian (R&D) tentang pelbagai aliran beladiri lain seperti Muay Thai, Pencak Silat Jawa dan Jawi, Maenpo Sabandar Kari-Mahdi, Maenpo Cikalong dan sebagainya.


Objektifnya,di akhir latihan pelatih akan menemui rahsia tempur tangan kosongnya yang tersendiri dalam free style fighting sehingga ia tidak terikat dengan mana-mana aliran lagi sebaliknya mempunyai satu seni daya yang tersendiri dan terpadu. Tiada siapa akan dapat mngetahui rahsia setiap gerak langkah, pertahanan dan serangannya. Dengan demikian, musuh tidak akan dapat mengagak apa dan bagaimanakah seni beladirinya. Dan itulah identiti gerak kerja ninja sebenarnya yang sentiasa misteri dan meninggalkan tanda tanya kepada setiap pengamal seni beladiri dunia.

free counters