Translation Services

Khamis

LATIHAN

KUMPULAN LATIHAN

Untuk memudahkan proses latihan, SMAC membahagikan latihan kepada Empat (4) kumpulan iaitu :

1) KANAK-KANAK

7 tahun – 12 tahun

2) REMAJA

13 tahun – 20 tahun

3) BELIA

21 tahun – 50 tahun

4) WARGA EMAS

51 Tahun dan ke atas


KATEGORI LATIHAN

Latihan yang dijalankan pula di pecahkan kepada dua (2) kategori iaitu LELAKI dan WANITA. Ini bermakna, latihan yang dilaksanakan di SMAC dipisahkan antara lelaki dan wanita untuk keselesaan serta memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.


WAKTU LATIHAN

JADUAL SATU (1)

HARI : Jumaat (Malam Sabtu)

MASA : 09.00 malam – 11.00 malam


Jadual dua (2) dan seterusnya akan dikemaskini dan ditetapkan pada masa akan datang.


METODOLOGI LATIHAN

Suatu keunikan bagi SMAC kerana ia melibatkan sebuah proses latihan yang sangat menitik beratkan soal persekitaran dan tempat, cuaca dan iklim, waktu dan sebagainya dalam segala aspek latihan yang dijalankan. Ini bagi memastikan pelatih Ninja-Combat akan benar-benar kebal terhadap segala situasi dan kondisi apabila berhadapan situasi sebenar dalam pertempuran. Kaedah latihan di bahagikan kepada dua (2) iaitu :

1) DALAMAN (in-door)

Latihan ini di jalankan di dalam dewan SMAC.


2) LUARAN (out-door)

Latihan ini di jalankan di luar dewan merangkumi daratan dan air seperti kawasan padang, pantai, air terjun, hutan belantara, bukit-bukau, sawah padi dan sebagainya. Begitu juga pendedahan terhadap suasana seperti malam dan siang serta cuaca panas dan hujan.


BENTUK LATIHAN

Pada prinsipnya latihan yang disediakan melibatkan eksplorasi empat (4) potensi insan iaitu :

1) POTENSI JASMANI (Physical Quotient – PQ)

2) POTENSI AKAL (Intelelligence Quotient – IQ)

3) POTENSI JIWA (Emotional Quotient – EQ)

4) POTENSI ROHANI (Spiritual Quotient – SQ)


Ninja-Combat dipastikan menguasai seluruh elemen berkenaan bagi pembinaan diri yang gemilang dalam semua lapangan duniawi dan ukhrawi. Ia tidak hanya terbatas kepada aspek bela diri semata-mata malah dalam rangka mencipta jati diri yang hakiki, pelbagai rahsia kemampuan zahir dan batin 'ubudiyah diteroka dan direkonstruksikan secara menyeluruh agar dapat dimanfaatkan dalam segala kehidupan.


GRED & MODUL LATIHAN

Dalam melahirkan Ninja-Combat yang benar-benar sempurna, bentuk latihan terbahagi kepada lima (5) bentuk utama iaitu:

1) PANJI KUNING : Seni Olah Tempur

2) PANJI MERAH : Seni Tempur Tanpa Senjata

3) PANJI PUTIH : Seni Tempur Bersenjata

4) PANJI HITAM : Seni Tempur Taktikal

5) PANJI HIJAU : Seni Rahsia Tempur


PUSAT LATIHAN (DOJO)

SUFISM MARTIAL ARTS & AIRSOFT ACADEMY (SMAC) MALAYSIA

RAUDHAH 'UBUDIYAH

Lot 794 Kutan Hilir,

16250 Wakaf Bharu,

Kelantan – Malaysia.

free counters