Translation Services

Khamis

SYARAT, YURAN & PENGAMBILAN

SYARAT KEMASUKAN

  1. NINJA-COMBAT terbuka kepada semua Ahli EXTRO, lelaki dan wanita yang sihat tubuh badan. Bagi mereka yang belum menjadi ahli, ia terlebih dahulu dikehendaki mengisi Borang Keahlian dan menghantar permohonannya kepada Sekretariat EXTRO.
  2. Berumur sekurang-kurangnya 7 Tahun dan ke atas. Bagi kanak-kanak atau pelajar, ia terlebih dahulu perlu mendapat keizinan daripada ibu bapa atau penjaga.
  3. Bersedia mengikuti segala syarat dan peraturan serta latihan yang ditetapkan oleh pertubuhan serta SMAC.


PAKAIAN LATIHAN

Pakaian wajib latihan Ninja-Combat merangkumi :

1) Penutup Muka Ninja

2) Baju Ninja-Combat.

3) Seluar

4) Kasut Ninja (Jika-tabi)

Pakaian atau peralatan tambahan lain seperti senjata dan sebagainya akan dimaklumkan kemudian sekiranya didapati ianya perlu berdasarkan tahap pencapaian Panji latihan seseorang.


YURAN

YURAN PENDAFTARAN :

RM 38.00

Yuran pendaftaran tersebut merangkumi :

  1. Fi Keahlian EXTRO
  2. Baju Ninja-Combat


YURAN BULANAN

  1. Kanak-kanak : RM 10.00 / sebulan (Usia antara 7 hingga 12 tahun)
  2. Remaja : RM 15.00 / sebulan (Usia antara 13 hingga 19 tahun)
  3. Belia : RM 20.00 / sebulan (Usia 20 tahun dan ke atas)
  4. Warga Emas : RM 10.00 / sebulan (Usia 50 tahun dan ke atas)


Pembayaran yuran bulanan ini digunakan untuk membiayai segala urusan pentadbiran, utiliti, peralatan dan sebagainya kerana pertubuhan tidak dapat bergerak tanpa sumber kewangan yang kukuh daripada ahli-ahlinya. Bagaimanapun, kedua-dua yuran di atas dikecualikan bagi anak-anak yatim dan golongan miskin. Ia akan dibiayai sepenuhnya melalui DANA IHSAN Jami'atul 'Ubudiyah (EXTRO).


Bagi mereka yang tiada kemampuan kewangan tetapi sangat berhasrat untuk mempelajari NINJA-COMBAT, mereka bolehlah menghubungi Sekretariat EXTRO – Sufism Martial Arts & Airsoft Academy (SMAC) Malaysia untuk mendapatkan Pelepasan Yuran.


PENGAMBILAN

Setiap sesi pengambilan latihan akan dimaklumkan melalui laman web SMAC atau di papan kenyataan Sekretariat EXTRO atau hebahan dan pengiklanan. Atau sebaiknya anda menghubungi SMAC bagi mengetahuinya secara tepat.

free counters