Translation Services

Khamis

PANJI KUNING – SENI OLAH TEMPUR

Panji Kuning dikenali sebagai Seni Olah Tempur yang merupakan tingkatan (maqam) pertama (1) dalam hierarki latihan Ninja-Combat. Dalam martabat ini, pelatih akan didedahkan dengan beberapa ilmu dasar sebagai wadah untuk menerima limpahan keilmuan dalam panji-panji yang lain selepasnya. Sekiranya pelatih tidak menguasai keilmuan yang terdapat di dalam panji ini, ia akan menghadapi masalah dalam mendalami ilmu-ilmu yang terdapat di dalam panji seterusnya.


Walaupun ia seolah menggambarkan ilmu asas, namun secara pengamalannya dalam kehidupan yang sebenar ia tidak demikian. Ia mempunyai ciri tersendiri yang bersifat berdiri sendiri. Itu bermakna, pelatih yang belajar dan menguasai keilmuan yang terdapat di dalam panji kuning hakikatnya sudah mampu mempunyai daya pertahanan diri dari segala bentuk ancaman samada ia bersifat zahir mahupun batin. Ini kerana, di dalam panji kuning pelatih bukan sekadar diajar secara fizikal tetapi melalui suatu proses pengisian dan pembangkitan tenaga dalam yang sangat luar biasa. Wadah kerohaniannya dibuka sehingga ia dengan mudah menerima limpahan nur ilahiyah yang maha dahsyat. Ini terbukti, di dalam panji ini sahaja pelatih akan mampu menzahirkan pelbagai gerakan seni beladiri samada silat, kung fu, maenpo, karate dan seluruh seni beladiri yang terdapat di dunia ini. Sekaligus, pelatih akan memiliki daya refleks atau tindak balas yang mampu mempertahankan dirinya dari segala serangan yang nyata atau tersembunyi walaupun dalam keadaan dia sedang tidur sekalipun. Kepekaan dirinya meningkat sehingga ia memiliki ketajaman indera batin. Dapat mendeteksi niat buruk seseorang terhadapnya dan sebagainya. Tidaklah keterlaluan ia dikatakan begitu kerana dalam Panji Kuning, potensi Gerak Rahsia Batin dibangkitkan sehingga ia terolah secara fitrah dan alami.


Beberapa teknik pernafasan dan latihan tenaga dalam akan disepadukan sehingga pada tahap ini pelatih akan mampu melakukan hal-hal yang kelihatan mustahil seperti berjalan di atas api atau kaca, memecahkan botol dengan kuasa dalaman, membengkokkan besi yang ditikamkan ke leher, tahan pukul dan sebagainya. Perkara itu semuanya akan dapat dibuktikan oleh semua pelatih di akhir latihan sebagai bukti kebenaran dan kemuncak latihan yang telah dilaluinya.

free counters